Tuesday, November 24, 2020

4 Fungsi Vitamin C Untuk Tubuh Badan Manusia

Hai dan assalamualaikum, mesti semua orang sudah biasa dengar mengenai Vitamin C kan ? Tapi, tahukah kita dengan lebih mendalam mengenai Vitamin C ?  Vitamin C atau nama saintifiknya acid askorbik merupakan salah satu vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan. 

Vitamin C merupakan vitamin larut air dan vitamin yang tidak dapat disimpan dalam jumlah yang besar dalam tubuh badan dan selebihnya dikumuhkan melalui air kencing . Oleh itu, untuk memastikan badan kita dapat  sumber Vitamin C untuk tubuh badan, kita perlu mengambil makanan atau supplemen yang mengandungi kandungan yang tinggi Vitamin C.

 Terdapat beberapa sebab kenapa penting pengambilan vitamin C untuk tubuh badan kita .

4 Fungsi Vitamin C Untuk Tubuh Badan Manusia

Fungsi vitamin C
Add caption


1. MENINGKATKAN SISTEM KEKEBALAN TUBUH BADAN


Fungsi Vitamin C


Vitamin C memang terkenal dengan immune booster  kerana vitamin C mengandungi kandungan antioksida semulajadi yang tinggi . Antioksida ini memainkan peranan  penting untuk melindungi sel-sel tubuh badan daripada radikal bebas. Apabila sel badan kita terlindung dari radikal bebas, tubuh badan kita akan susah untuk dijangkiti penyakit. 


2. MEMBANTU MENINGKATKAN PENGHASILAN KOLAGEN


Fungsi Vitamin C



Untuk yang  nak kulit cantik dan anjal boleh mengamalkan pengambilan vitamin C kerana vitamin C merupakan salah satu molekul penting untuk menghasilkan kolagen. Kolagen adalah salah satu protein yang banyak terdapat di dalam tubuh manusia seperti kulit , tulang , otot dan tendon . Kolagen juga merupakan sumber utama yang membentuk dan memberi kekuatan struktur untuk sel tubuh badan. Jadi, apabila badan kita kekurangan kolagen akan menyebabkan perlbagai faktor seperti gambar di atas. 


3. MEMBANTU MENINGKATKAN PENYERAPAN ZAT BESI


Fungsi vitamin C

Vitamin C juga membantu dalam penyerapan Zat Besi dalam tubuh badan kita. Zat Besi ni penting untuk tubuh badan kita kerana ia berperanan meningkatkan haemoglobin dalam sel darah merah kita yang berfungsi untuk mengangkut oksigen keseluruh tubuh badan. Sebab itu ,apabila kita kurang Zat Besi akan menyebabkan kita mudah mengantuk dan selalu pening kerana kekurangan darah merah dalam tubuh badan. Jadi vitamin Cni sangat membantu dalam penyerapan Zat besi terutama untuk ibu hamil dan pesakit anemia. 


4. MEMPERCEPATKAN PENYEMBUHAN LUKA
 

Fungsi vitamin C


Seperti yang telah dinyatakan di atas, vitamin C dapat membantu dalam penghasilan kolagen iaitu berfungsi membentuk struktur sel dalam tubuh badan dan juga megandungi antioksidan yang tinggi  untuk melindungi sel dari radikal bebas. Oleh itu, pengambilan vitamin C secara konsisten dan dos yang mencukupi dapat mempercepatkan penyembuhan luka.


Jika nak tau Vitamin C apa pilihan Fazy, sudah semestinya vitamin Vita C Plus dari Shaklee. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Vita C Plus Shaklee boleh   WhatsApp saya disini

0 comments:

Post a Comment